Sedikit pengisian berkenaan dengan Ramadhan dari saudara seikhwan kita <here> . Jazakallah kepada JKP ISMA yang sudi meluangkan masa menterjemah dan berkongsi dengan kami. Moga Allah membantu kita untuk memperbaiki amal kita dan untuk kita memecah rutin harian kita.
Amalan Sepanjang bulan dan hari Ramadhan
Selamat berpuasa kepada semua
abu_aseeyah
Alhamdulillah tadi kami menjumpai sebuah kereta yang bagus dan dgn harga yg mampu kami miliki. Sehari suntuk meronda-ronda car-hunting, akhirnya berjumpa dengan kereta idaman di Geelong.. tak sangka juga akhirnya dapat kat situ. jauh sungguh. Entah kenapa sudah berminggu-minggu mencari kereta di kawasan2 terdekat mahupun di Melbourne, namun tak berjumpa yang bagus dgn harga yg berpatutan. Itulah spt peringatan yg sering kudengari, Allah memandang usaha..natijahnya kita mesti yakin Allah akan beri yg terbaik =) Walaupun dlm penat, susah hati, sedih dan sebagainya, akhirnya hampir tamat kisah pencarian kereta kami. Sudah hampir sebulan kereta baru kami yang baru dibeli 10 hari dilanggar orang.. suamiku trauma sebentar, tapi Alhamdulillah tiada kecedaraan, saya dan Aseeyah pula tiada di tempat kejadian.. sungguh, Allah memberi ujian kpd kami dlm keadaan yg terbaik juga..org yg melanggar pula ada insurance, jadi Alhamdulillah dptlah compensation yg berpadanan dgn harga kereta tu. Suamiku dekat sebulan susah hati, penat2 balik kerja pun struggle mencari2 kereta kat internet, kadang2 balik kerja petang, keluar juga pergi ke car dealers utk tgk2 kereta, kalau2 ada yg ok.. Kami semua pun diangkut pergi juga (mak,bapak, saya dan Aseeyah tak ketinggalan mengikuti misi pencarian kereta hampir setiap hari =) ) Selalu juga kecewa sebab tak berjumpa kereta yg terbaik. Suamiku kata kalau diikutkan hati, mahu saja dia beli kereta yg mahal dan ambik financing (bayar ansuran), tapi ku nasihati dia supaya bersabar dan memilih kereta dgn akal, bukan perasaan…. kalau diikutkan perasaan, memanglah ambil sahaja mana2 kereta yg ada.. tapi banyak perkara perlu di consider.. berapa banyak duit yg ada, mahukan kereta yg mileage rendah dan engine bagus sbb nak guna lama lagi dan travelling kerja jauh setiap hari, limitation harga kereta yg mampu kami beli sebab nak byr hutang lain2 lagi..nanti nak amik insurance, nak service kereta , etc dan etc lagi..
Alhamdulillah kegusaran demi kegusaran kini hampir berakhir..
Benarlah seperti kata Rasulullah SAW dlm hadis:
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Begitu juga ayat Al-Quran yg sering mejnadi peringatan:
“Dijadikan indah (dihiaskan) kepada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,, kuda pilihan binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. [Q.S. Ali ‘Imran : 14]
kuda pilihan = kias utk kenderaan pilihan yakni yg terbaik & sgt berguna
Segala puji kpd Allah yang telah mengurniakan kami ujian, agar kami senantiasa ingat padaMu ya Allah, agar kami sentiasa sedar bahawa setiap harta yg kami miliki adalah pinjaman sahaja, yg boleh Kau ambil kembali bila2 masa walaupun sekelip mata..
Jazakallahu khayr kathira kpd suamiku yg telah byk bersabar dan tekun berusaha mencari kereta yg terbaik utk keluarganya..
Ya Allah, mudahkanlah kami memperguna kenderaan kurniaanMu ini untuk beramal di jalanMu, jadikanlah ia satu pelaburan buat saham kami di akhirat nanti, yg hasilnya akan kami dapati di akhirat nanti ya Allah.. Ya Allah, janganlah pula kami mempergunakan kenderaan ini di jalan maksiat atau keburukan ya Allah.. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada perasaan riya’ dan ‘ujub atas harta pinjamanMu ini.. sesungguhnya ia hanyalah pinjaman sementara buat kami, untuk menguji sejauh mana kami akan beriman dan beramal dengan kurniaanMu ini. Sesungguhnya kenderaan yg terbaik buat kami adalah di syurga nanti ya Allah.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami..ampunkan segala dosa kami.
~Alhamdulillah, only You deserve all our praises
Sedihnya abi. Satu lagi hak rakyat digadai atas nilai komersial atau habuan. Rakyat tak dapat ape, syarikat kengkawan yang dapat.
Seperti mana abi pernah ceritakan dalam posting sebelum ini (Historical appreciation..), menteri2 kita lebih melihat pembangunan material dan habuan wang ringgit menjadi neraca pembangunan masyarakat kita. Mengapa kita tidak menggunakan aset sejarah ini untuk mendidik jiwa bangsa dan negara kita yang agung suatu masa dahulu. Mereka yang memahami sejarah, akan menguasai masa hadapan bak kata2 hikmah yg abi ingat masa abi kecik dulu, “He who controls the past commands the future, He who commands the future, conquers the past.“
Mengapa kita hendak sibuk dengan isu-isu remeh dan furu’ dan mengabaikan isu usul atau asal. Mengapa perlu disibukkan dengan bina bangunan tinggi2, bina ini dan bina itu, padahal jiwa rakyat tidak terisi. Biarlah berapa banyak pembangunan material yang dibina, kiranya jiwa rakyat masih gembira diperhambakan, maka jiwa yang kalah tetap kalah. Aset utama kita yakni islam itu masih lagi belum di”unleash” daripada kekuatan umat islam.
Bayangkan berapa banyak resources yang kita ada, umat islam yang 1/5 dunia tetapi jiwa masih diperhambakan. Ada sahaja usaha untuk menaikkan jiwa bangsa dengan nilai islami akan dicantas atas neraca politik yang sempit. Tanah negara yang banyak, digadaikan dengan orang asing, sbg contoh Singapore dan negara asing, melihat kepada isu KTM dan juga Wilayah Pembangunan Iskandar, habuan yang dicangkan ialah masuknya pelaburan negara luar, tetapi realitinya tanah kita digadaikan kepada orang asing. Galian yang banyak, dikaut oleh rakan sekroni dan dibahagi2kan sesama mereka. Tax yang banyak digelapkan, dirasuahkan dan juga dibazirkan dengan pilihanraya dan bail out kesalahan2 kengkawan. Sejarah ketamadunan islam yang hebat telah ditenggelamkan dengan pembangunan dan juga hiburan yang sangat larut dalam masyarakat. Dan banyak lagi resources yang ada dan banyak tetapi telah diselewengkan.
Jadi bagaimana dengan tindakana kita? Apakah dengan kita mencanang-canangkan kesalahan kerajaan mahupun pembangkang mampu merubah keadaan? Nak mengubah tetapi mengharapkan orang lain buat. Apakah mungkin kita dapat mengaharapkan negara barat untuk memperjuangkan hak islam, tanpa kita sendiri yang memperjuangkannya? Tuduh menuduh tidak akan mengubah realiti. Hatta Allah swt sendiri menyatakan dalam panduan kita yang sudah dilupakan dalam surah Al-Ra’d ayat 11
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Apa yang diperlukan masyarakat ialah untuk menjadikan jiwa-jiwa yang rendah ini tinggi seperti mana kata-kata bertinta emas Sayidina Umar al-Khattab ra
“Kita dahulu adalah orang yang hina dan dengan datang Islam memberi kemuliaan pada kita, maka barang siapa yang mencari kemuliaan di luar Islam maka Allah swt akan hinakan.”
Menjadikan kijang-kijang pengecut ini kembali kepada anak-anak singa yang gagah. Semangnya apa yang semua orang tidak suka adalah perubahan tetapi sedar tak sedar ramai yang berubah menjadi kurang baik disebabkan tarbiyyah yang berlaku disekeliling mereka, yang ditarbiyyah dengan drama2 yang b anyak mengajar pepecahan rumah tangga, dengki mendengki, sihir, zina, mat rempit, dadah, affair dan segala macam anasir yang kurang baik terus mentarbiyyah masyarakat. Maka, apa yang diperlukan ialah untuk mengembalikan mentarbiyyah masyarakat dengan anasir-anasir yang baik dan kemudian insyaAllah, setelah jiwa-jiwa rakyat ini kembali daripada jiwa hamba yang gembira diperhambakan menjadi jiwa-jiwa yang merdeka!!!
Ayuh, bangkitlah, wahai umat ku!!!
source
Tidak masuk akal – Shahrir KUALA LUMPUR 27 Mei – Anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad , berkata, “langsung tidak masuk akal untuk menganggap” tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd. Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia dengan Singapura bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia. “Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan, bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu,” tegas Shahrir yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong atas alasan ia dilakukan secara “tergesa-gesa” dan “tanpa butiran terperinci” yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara. Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperoleh Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu. Sebagai jawapan kepada kebimbangan Anwar, Shahrir menawarkan persepktif sejarah kepada perkara itu. Tanah KTM katanya, adalah sebahagian daripada sistem pengangkutan ekonomi penjajah apabila Singapura ketika itu sebuah pelabuhan yang turut dihubungkan ke daerah pedalaman di Malaya yang dijajah British. “Semenanjung Malaysia dan malahan Johor bukan lagi daerah pedalaman bagi Singapura. Jadi, tidak wajar untuk perkhidmatan KTM dikekalkan di Tanjong Pagar,” katanya. Daripada kacamata penumpang KTM, kecuali apa yang disifatkan oleh Shahrir sebagai “sentimen nostalgia-romantik”, beliau berkata, adalah tidak penting di mana mereka akan turun kerana ia mungkin bukan lagi di Tanjong Pagar tetapi yang penting ialah di Johor Bahru. Mengenai potensi pendapatan jangka panjang daripada perkhidmatan kereta api itu, Shahrir menjangkakan perjalanan seterusnya ke Singapura dari Johor Bahru ekoran KTM berpeluang memanfaatkan 40,000 tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui pintuk masuk CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Johor Bahru sebagai terminal pengangkutan, yang akan menaiki bas awam atau bas kilang untuk menyeberangi tambak. “Pada masa ini, KTM hanya membawa mereka ke Woodlands tetapi bukan sebaliknya kerana CIQ Malaysia terletak di Tanjong Pagar dan bukannya Woodlands,” katanya. Shahrir berkata, malahan 50 peratus saham dalam perkhidmatan komuter menyeberangi tambak adalah jauh lebih banyak daripada yang dijana oleh KTM pada masa ini bagi laluan Johor Bahru-Tanjong Pagar. “Rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura juga akan mendapat faedah daripada kaedah lain pengangkutan untuk menyeberangi Tambak Johor,” katanya. Berkongsi pandangan Shahrir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh mengenai faedah daripada perjanjian itu. “Membiarkan isu ini berlarutan selama ini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa. Lagipun, ini mungkin akan mengheret kedua- dua negara berjiran ke dalam polemik politik,” katanya. Mengakui kebuntuan dalam isu tanah KTM antara Malaysia-Singapura lambat-laun perlu diselesaikan, Razali menegaskan kejayaan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara mencerminkan “tahap diplomasi dan kenegarawan yang tinggi”. Menjangkakan perjanjian itu akan membuka lembaran baru dan saling bermanfaat, Razali berkata, apa yang penting ialah pelaksanaannya tidak diabaikan ke tahap yang akan mengecewakan negara seperti di masa lalu. Melihat perjanjian itu daripada perspektif sebagai seorang ahli ekonomi, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norraesah Mohamad, menyambut baik perkara itu dan menyifatkan Malaysia sebagai “menang besar”. Beliau berkata, Khazanah Nasional memegang 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama M-S Pte. Ltd., akan menukar “aset yang tidak dimanfaatkan” kepada usaha sama komersial bernilai tinggi. Menyentuh mengenai beberapa “bagasi” negatif dalam sejarah hubungan Malaysia-Singapura, beliau berkata, rakyat Malaysia patut “berfikir melampaui sentimen” dan “melihat prospek yang lebih besar daripada sekadar tanah KTM”. “Kita perlu melihat kepada faedah jangka panjang yang bakal diraih dengan memanfaatkan aset bernilai yang selama ini dibiarkan sahaja. “Dengan isu tertunggak itu telah diselesaikan, lebih banyak syarikat Singapura akan melabur di Kawasan Pembangunan Iskandar,” katanya. Menyatakan stesen baru kereta api yang dicadangkan itu akan menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Bahru dan Singapura secara bersepadu, Norraesah berkata, keadaan itu akan menawarkan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura. Keselesaan, katanya merupakan instrumen penting bagi perniagaan dan pelaburan seperti IDR mampu menarik pelabur sama ada secara langsung dari Malaysia atau Singapura, untuk menjadi sebuah kawasan maju dan menawarkan lebih banyak peluang kerja. Daripada segi nilai hartanah di Johor Bahru sendiri, perjanjian itu pasti menjanjikan kelebihan dan kebaikan, kata Norraesah. “Nilai tanah akan meningkat manakala penduduk akan menikmati taraf hidup lebih baik,” katanya. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pula berkata, keputusan Najib untuk memeterai perjanjian dengan Singapura mengenai tanah KTM di Tanjong Pagar dibuat demi kepentingan negara. “Dengan perjanjian itu, PM telah memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi isu tertunggak yang telah mentakrifkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. “Perjanjian itu akan membolehkan Malaysia memanfaatkan aset bernilai lebih tinggi daripada stesen di Tanjong Pagar. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tanah di Tanjong Pagar tidak dapat dibangunkan untuk tujuan lain selain daripada stesen kereta api,” katanya. Beliau berpendapat perjanjian itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan tanah itu secara komersial daripada terus memegang aset yang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan menjana kewangan. Khairy berkata, perjanjian itu “wajar” kerana Malaysia akan dibanjiri pembangunan perdana dan ikonik “daripada memori nostalgia yang menawarkan”faedah komersial dan strategik amat kecil kepada kita”. – Bernama
KUALA LUMPUR 27 Mei – Anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad , berkata, “langsung tidak masuk akal untuk menganggap” tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.
Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia dengan Singapura bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia.
“Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan, bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu,” tegas Shahrir yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong atas alasan ia dilakukan secara “tergesa-gesa” dan “tanpa butiran terperinci” yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.
Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperoleh Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu.
Sebagai jawapan kepada kebimbangan Anwar, Shahrir menawarkan persepktif sejarah kepada perkara itu.
Tanah KTM katanya, adalah sebahagian daripada sistem pengangkutan ekonomi penjajah apabila Singapura ketika itu sebuah pelabuhan yang turut dihubungkan ke daerah pedalaman di Malaya yang dijajah British.
“Semenanjung Malaysia dan malahan Johor bukan lagi daerah pedalaman bagi Singapura. Jadi, tidak wajar untuk perkhidmatan KTM dikekalkan di Tanjong Pagar,” katanya.
Daripada kacamata penumpang KTM, kecuali apa yang disifatkan oleh Shahrir sebagai “sentimen nostalgia-romantik”, beliau berkata, adalah tidak penting di mana mereka akan turun kerana ia mungkin bukan lagi di Tanjong Pagar tetapi yang penting ialah di Johor Bahru.
Mengenai potensi pendapatan jangka panjang daripada perkhidmatan kereta api itu, Shahrir menjangkakan perjalanan seterusnya ke Singapura dari Johor Bahru ekoran KTM berpeluang memanfaatkan 40,000 tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui pintuk masuk CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Johor Bahru sebagai terminal pengangkutan, yang akan menaiki bas awam atau bas kilang untuk menyeberangi tambak.
“Pada masa ini, KTM hanya membawa mereka ke Woodlands tetapi bukan sebaliknya kerana CIQ Malaysia terletak di Tanjong Pagar dan bukannya Woodlands,” katanya.
Shahrir berkata, malahan 50 peratus saham dalam perkhidmatan komuter menyeberangi tambak adalah jauh lebih banyak daripada yang dijana oleh KTM pada masa ini bagi laluan Johor Bahru-Tanjong Pagar.
“Rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura juga akan mendapat faedah daripada kaedah lain pengangkutan untuk menyeberangi Tambak Johor,” katanya.
Berkongsi pandangan Shahrir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh mengenai faedah daripada perjanjian itu.
“Membiarkan isu ini berlarutan selama ini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa. Lagipun, ini mungkin akan mengheret kedua- dua negara berjiran ke dalam polemik politik,” katanya.
Mengakui kebuntuan dalam isu tanah KTM antara Malaysia-Singapura lambat-laun perlu diselesaikan, Razali menegaskan kejayaan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara mencerminkan “tahap diplomasi dan kenegarawan yang tinggi”. Menjangkakan perjanjian itu akan membuka lembaran baru dan saling bermanfaat, Razali berkata, apa yang penting ialah pelaksanaannya tidak diabaikan ke tahap yang akan mengecewakan negara seperti di masa lalu.
Melihat perjanjian itu daripada perspektif sebagai seorang ahli ekonomi, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norraesah Mohamad, menyambut baik perkara itu dan menyifatkan Malaysia sebagai “menang besar”.
Beliau berkata, Khazanah Nasional memegang 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama M-S Pte. Ltd., akan menukar “aset yang tidak dimanfaatkan” kepada usaha sama komersial bernilai tinggi.
Menyentuh mengenai beberapa “bagasi” negatif dalam sejarah hubungan Malaysia-Singapura, beliau berkata, rakyat Malaysia patut “berfikir melampaui sentimen” dan “melihat prospek yang lebih besar daripada sekadar tanah KTM”.
“Kita perlu melihat kepada faedah jangka panjang yang bakal diraih dengan memanfaatkan aset bernilai yang selama ini dibiarkan sahaja.
“Dengan isu tertunggak itu telah diselesaikan, lebih banyak syarikat Singapura akan melabur di Kawasan Pembangunan Iskandar,” katanya.
Menyatakan stesen baru kereta api yang dicadangkan itu akan menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Bahru dan Singapura secara bersepadu, Norraesah berkata, keadaan itu akan menawarkan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.
Keselesaan, katanya merupakan instrumen penting bagi perniagaan dan pelaburan seperti IDR mampu menarik pelabur sama ada secara langsung dari Malaysia atau Singapura, untuk menjadi sebuah kawasan maju dan menawarkan lebih banyak peluang kerja.
Daripada segi nilai hartanah di Johor Bahru sendiri, perjanjian itu pasti menjanjikan kelebihan dan kebaikan, kata Norraesah.
“Nilai tanah akan meningkat manakala penduduk akan menikmati taraf hidup lebih baik,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pula berkata, keputusan Najib untuk memeterai perjanjian dengan Singapura mengenai tanah KTM di Tanjong Pagar dibuat demi kepentingan negara.
“Dengan perjanjian itu, PM telah memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi isu tertunggak yang telah mentakrifkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
“Perjanjian itu akan membolehkan Malaysia memanfaatkan aset bernilai lebih tinggi daripada stesen di Tanjong Pagar. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tanah di Tanjong Pagar tidak dapat dibangunkan untuk tujuan lain selain daripada stesen kereta api,” katanya.
Beliau berpendapat perjanjian itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan tanah itu secara komersial daripada terus memegang aset yang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan menjana kewangan.
Khairy berkata, perjanjian itu “wajar” kerana Malaysia akan dibanjiri pembangunan perdana dan ikonik “daripada memori nostalgia yang menawarkan”faedah komersial dan strategik amat kecil kepada kita”. – Bernama
Al Quran Mushaf Al-Massar, Al Quran terjemahan dan terjemahan perkataan yang pertama kali berada di pasaran dan belum ada Mushaf yang seumpamanya di pasaran.
Buat masa ini, pembelian boleh dibuat ke emel faizyaman@gmail.com atau sms ke +61416499795.
Harga jualan di Australia: aud$30 satu naskah atau $58 untuk 2 naskah (tidak termasuk pos)
Kaedah Bayaran:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami di nombor diatas atau email soalan anda kepada email ini.
Beberapa keistimewaan al-Quran al-Masar:
Apa dia WG, WT, Ski tu? WG = winter gathering WT = winter trip Ski = Ski trip
Ni lah program2 yg biasanya akan diadakan pd musim winter aka musim cuti ~sebulan di Australia. Sy pasti ramai adik2 jr especially 1st yrs tertanya2 apa yg ada pd program2 winter ni? Worth it ke spend duit utk pergi? Dan kenapa la akak2 n abang2 senior ni ber iya2 sgt nak promote time2 dekat exam nih ? (haih, i was a student too, bila nak exam rasa mcm exam lah segalanya kan… ) But when exam ends you’ll find yourself thinking what you should do next, that’s why it’s good to plan early so that time will not be wasted..
Talking about winter, it brings me back to 6 years ago, when I myself was a first-year student at uni. It seems like yesterday. It was the same, in winter, there was a winter gathering, winter trip and ski trip. I’ve seen them happen each year for 6 times, and I am sure those who went enjoyed themselves and gained a lot … and I want to share my experience.
For me, it wasn’t that hard to decide whether I should go or not, as all most of my friends went as well. And being adventurous myself, I like to experience new things and actively participate in whatever I think is good and fun. Friends from other states came as well, so it would be really nice. Money wasn’t a big deal, as I was very stingy in first year, cereal and eating at people’s houses was my staple food. Having said that, saving money is really important, as you never know when you need it, macam tetiba nak balik kahwin ke.
Winter Gathering WG masa tu kat Werribee Islamic College. Tidur ramai2 dalam classrooms, but the place was big, ada halls and playground. We ate in dulang (ramai2 jugak), makanan sgt sedap which I really appreciated me being tak-pandai-masak dan asyik makan cereal dan roti je kat rumah. Hmm, maybe the food was the ‘umpan’ for me, suka pergi program sbb dpt mkn sedap? Cant remember now, tp winter2 mmg cepat lapar, dan waktu makan mmg sgt ditunggu2… dpd tak biasa makan dulang, dah jadi tak kisah, dari geli nak share makan dgn org, jadi tak kisah makan dgn 6 orang satu dulang. Lama2 lauk pun share je. Kalau pergi toilet malam2 mesti pegi ramai2, sejuk! Semua org pakai baju coat tebal2, bila duduk dlm hall semua rapat2 supaya jadi penebat dpd kesejukan hehe… Such sweet memories.. Waktu mula2 dtg tak kenal ramai org, especially from other states, biasala nak duduk dgn kawan sendiri je, tp in the end dpt ramai kawan baru, even the seniors pun baik2 je bleh buat kawan (unlike in asrama, senior n junior selalunya bermusuhan). Truth is, sy seorang yg individualistik sikit masa tu, tapi lepas WG rasa seronok beramai2, makan dan tidur ramai2.. berkongsi dulang dan bantu membantu… di samping dpt ilmu baru dpd ceramah2 dan aktiviti2… Walaupun part yg paling seronok adlh dgn kawan2 (biasala muda-mudi) tapi ilmu2 baru tentang Islam yg dikongsi tu ada juga kesannya.. Ukhuwwah, that’s the word. Belajar untuk berkongsi dan caring for each other, it was great fun! I wish I can describe it better, but this is the best I can.
Winter Trip This was the highlight of winter in first year. Masa tu, pergi jauh sampai Brisbane (ye, naik van 12-seaters) dalam trip yg selama 4 / 5 hari (tak ingat). Terlalu banyak yang sy pelajari dan pengalaman yg kami lalui bersama. Setiap van ada nama, dah lupa nama van kami, tapi teringat ada satu van namanya Pisang Unite! dalam van tu macam adik-beradik, kongsi makanan, bercerita dan saling mengenal. Driver n co-driver adalah abang senior, tapi mereka buat donno je dengan kami, dan sgt bersabar dgn kerenah2 kami yg bising. Inilah pertama kali sy pergi Roadtrip dgn kawan2 (dan kwn2 baru), dengan kawan lama pun bertambah rapat. Pasal kecantikan pemandangan dan tempat2 yg dilawati tu xyah cakap la, mmg best. Tidur pula biasanya di mosques (selesa, ada heater dan washrooms). Kdg2 tidur dlm van (dlm kepompong sleeping bag). Makanan spt biasa sedap, dan maintain makan dulang walaupun di tepi highway hehe.. Tapi skrg dh berbeza kot, mungkin makan dlm bekas? tapi syok je mkn dlm dulang dlm kesejukan dan hari yg gelap, tangan beku! tapi tak kisah sebab lapar punye pasal. Itulah pglmn yg takkan dilupakan sampai bila2. Sepanjang WT tu, kalau tak silap kami dibentangkan dengan Usul 20 dan Wahai Pemuda, bahan2 yang membangkitkan semangat dan memberi perspektif baru kpd kami pemuda-pemudi, that there is more to life than just achieving in academics and career. Baru tersedar yang kita sebagai Muslims ada peranan yg perlu dimainkan, dan sungguh banyak yg perlu diperbaiki pada diri sendiri. Tazkirah2 juga selalu dikongsi dlm van, walaupun dengar tak dengar je, tapi seronok juga dpt belajar mcm2 ilmu baru. Baca ma’thurat bersama dlm van sambil tertidur-tidur, juga satu pengalaman baru sambil melihat keindahan alam di luar. Oh terlupa pula, solat jemaah yg pasti menjadi kebiasaan sepanjang trip. Ini juga pengalaman baru saya, baru dpt mempraktikkan sunnah Rasulullah.. perempuan pun boleh solat Jemaah.. dan solat Jemaah boleh buat di mana-mana sahaja di bumi Allah. Sepanjang trip tu, pernah solat di atas rumput dlm taman, di stesen minyak, di rest area dan banyak lagi. Rupa2nya solat ni tak perlu pakai telekung pun asalkan menutup aurat, dan tak perlu ada sejadah selagimana tempat tu bersih dpd najis. Wudhuk pula.. ha, kena belajar angkat kaki basuh kat sinki, tp saya juga belajar tentang ‘khuf’. Rupa2nya boleh sapu air atas stokin je (dgn syarat2nya). Hm, nak praktik Islam ni takdelah susah sgt rupanya. Ambil gambar mmg xingat dah… sgt banyak.. All in all, penat jugak tapi seronok. Saya telah belajar dan merasai sendiri apa itu Ukhuwwah (knowing, sharing n caring for each other along the trip), Pengorbanan (abg2 driver yg drive semalaman tak tidur, dan bergilir2 drive selama 4/5hari, juga kakak2 yg memasak dan menguruskn segalanya) dan Izzah dengan Islam (solat di open space, depan org non-muslim wpun dipandang pelik). Dan of course, Ilmu tentang akhirat dan peranan diri saya sbg seorang Muslim. Melihat balik gambar2 WT first year dulu, sungguh nostalgia. Lain sungguh saya yg dulu (terutamanya pakaian), waktu tu tak rasa malu lagi. Alhamdulillah perasaan malu tu Allah kurniakan slowly, lama2 sedar sendiri…(malu pula dgn kejahilanku). Kawan2 waktu tu yg sama van – Baie, Masdi, Moon, Norul..yg lain2 xingat pula.
Ski Trip
Ski Trip waktu tu di Mt Baw Baw, naik bas besar ramai2.. pasang lagu nasyid sampai pakcik bas pun suka dengar. Kt sana seronok dpt main Toboggan (ape lah benda alah ni, search la do Google). Basically, sewa papan plastik yg ada tali utk dipegang.. duduk atas tu dan meluncur di slope… best sgt, for me first time main benda mcm tu. Nak main ski tak pandai, so duk meluncur Toboggan je sampai berbelas2 kali kot. Ada kawan2 yg sewa ski gear (baju ski, dan alat2 ski), ada jugak yg sewa snow board, utk snowboarding. Yang snowboarding ni kira pro la kalau boleh buat. Rasa2nya macam saya ada pinjam kawan saya punye ski utk try, hmm mmg fail. Asyik terjatuh je lepas tu beku sbb badan jatuh atas ais. Yang paling menarik, solat jemaah atas snow. Pengalaman yg takkan didapati di tempat yg takde snow (obviously), tapi mmg tak sangka, atas snow pun boleh solat ke. Baju pulak pakai berlapis2. Kalau byk duit boleh lah beli atau sewa kat situ, tapi bagi mereka yg low-budget dan kedekut mcm saya ni, pakai je seluar track-suit di dlm, jeans , sweater berlapi-lapis dan jaket tebal yg dibeli di Savers. Dan jgn lupa bawa baju lebih utk tukar in case basah kena snow/ais. Oh dan baru teringat, waktu tu dlm bas duduk sebelah my best friend in KMB, Mim. She came down from UK! Spt biasa, balik tu kepenatan tetapi suka =)
Hmm.. itulah sedikit perkongsian mengenai winter first year saya. Banyak lagi sebenarnya yg tak dpt nak cerita, nanti jadi novel pula Tapi pengalaman dan ilmu yang saya dpt waktu tu juga terlalu berharga, hingga kini masih terkesan di jiwa. As a muslim, waktu tu baru nak belajar merangkak, akhirnya dpt juga saya berjalan dgn tegap kini Ukhuwwah yg terbina dan persahabatan yg terjalin waktu itu hingga kini masih kukuh, walaupun masing2 sudah bekerja/berkahwin etc. Sungguh, pengalaman itu mengajar kita, oleh itu apa salahnya kita timba pengalaman sebanyak mungkin, belajar ilmu selagimana ada peluang… ? Kerana hidup semakin lama semakin sibuk, Belajar makin lama makin berat, masa makin lama makin suntuk …. mati juga makin lama makin mendekati… Jadi apa salahnya jika kita berusaha belajar menjadi seorang muslim yang baik kini.. sedikit demi sedikit pasti ada kesannya.
Inspiration
This is from a Hadith Qudsi (Hadith of what Allah said, but narrated by Rasulullah SAW).
The Prophet narrated: “Allah (SWT) says: ‘I am to my servant as he expects of Me, I am with him when he remembers Me. If he remembers me in his heart, I remember him to Myself, and if he remembers Me in an assembly, I mention him in an assembly better than his, and if he draws nearer to Me a hand’s span, I draw nearer to him an arm’s length, I draw nearer to him a fathom length, and if he comes to me walking I rush to him at [great] speed.”
(im still looking for pictures from WG,WT and Ski Trip in first yr, will post them when I find them inshaAllah)
~Ummu Aseeyah ps: pardon the mixed Malay+English, really need to brush up on my linguistic skills… Below are 2010’s winter programs, don’t miss them!
Hurmm…. sekarang ni dah kena pilih nak masuk training mana. Ramai yang selalu tanya saya, ” Ni dah keje sini, menetap terus la.” sambil memberi rautan muka yang sinis. Jenuh jugak saya nak menjawab.
Bak kata pepatah melayu, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.” Memang, dari segi career pathway, duit, lifestyle, memang semuanya ada di sini. Teringat balik akan bayiku yang comel, Aseeyah, aku terasa kasihan akannya.
Memang elok di sini, ada concession, free education, facilities mantap, sistem pendidikan yang mantap dan mendidik anak2 supaya berfikiran terbuka dan kritis, namun aku juga risau akan masa depan. Apa akan jadi pada Aseeyah kalau dia bersekolah di sini.
Memang lain orang, lain jawapan dan macam2 hujahnya. Orang boleh kata politik stabil la, xrisau dengan hutang la etc. Tapi bagiku, pandanganku sebegini. Daku melihat suasana yang ada di sini tidak mampu ku kawal.
Kalau di Malaysia, at least surrounding dengan budaya timur yang at least masih terpelihara di kalangan kaum peribumi dan masyarakat cina (terutamnya di sarawak), mungkin ada masalah seperti gejala sosial yang teruk, akhlak muda mudi yang runtuh, tetapi masih adanya semangat cintakan islam dan tanah air. Semuanya ini masih berada dalam kawalanku di mana aku boleh at least untuk bersama dengan mana-mana perkumpulan yang cuba untuk menrubah keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Islam insyaAllah ada, tetapi perlunya pencerahan semula dan membangkitkan semula semangat2 yang lesu.
Tetapi di sini, dugaannnya, masyaAllah lagi hebat. Suasana yang tidak mampu ku kawal, dengan masalah inter religion, kerosakan akhlak muda mudi yang lagi ketara dan lagi di”publisiti”kan dan di”promo” dengan terbuka dan meluas. Macam-macam “konstant” fixed condition yang tidak dapat diubah. Porno yang giat diperjuangkan oleh manusia2 yang berhambakan dengan hawa nafsu dan budaya kuning yang sangat mencacatkan pandangan fitrah insani. Dadah yang berleluasa dan mudah didapati dan juga arak. Ramai gak budak2 melayu yang aku kenal, tak lama pun duduk di negeri oz ni, baru setahun 2 dan berjinak2 dengan ibu maksiat ni ie dah giat dengan arak dan clubbing. Apatah lagi anak kita kalau dididik dari kecik bergelumang dengan benda2 ni, . Buat after party etc. Memang ada yang akan akan kata, kita bincang balik dekat rumah etc.. dll… Memang aku pernah jumpa satu famili yang memang masyaAllah hebat mendidik anaknya, seorang lelaki berusia 10 tahun, arif 4 bahasa, perancis, english, arab mushaf dan satu lagi x ingat, dan mampu berkata tentang isu umat. Tapi so far aku jumpa satu famili sepanjang 7 tahun aku duduk di sini. Kebanyakan famili pr pun anak dia dah tercelaru dengan suasana mereka. Alangkah sayangnya generasi pewaris yang kita harapkan akan bawa kita ke syurga, menarik kita ke dalam jurang api neraka. nau’zubillah.
Tapi aku kene ingat akan amanah kedua orang tuaku dan juga amanah yang telah diberikan oleh rakyat malaysia kepada aku, bak kata pepatah lagi, mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasinya. Bak kata ayahku “Come to Study, Return to Serve!!” Kata-kata ni masih tersemat kukuh dalam hatiku sampai sekarang. Kalaulah kita, orang2 melayu yang berjaya ni, dah berjaya, kemudian lari ke negara lain. Habis, sapa nak ubah malaysia? Sapa nak bantu orang2 Melayu di Malaysia? Sapa nak bina balik kegemilangan islam di Malaysia? Siapa??? Nak harap orang cina? orang india? Mereka bela kaum mereka sendiri. KAlau ada orang Melayu kata nak bela melayu, kita (ie orang melayu sendiri) kata racist, asobiyyah etc. pelik2. Ni lah jiwa orang yang tertindas. Tak ubah seperti jiwa kaum bani israel yang ditindas. Anyhow, rmai pandai berkata2 tetapi berapa ramai yang mampu melaksana apa yang dikata.
Baru-baru ni, sahabat karibku meng”forwardkan” satu lagi nostalgia. Yang suatu masa dahulu, masa BTN aku sangat benci lagu2 sebegini. Bukan sebab apa, hanya sebab aku benci kerajaan masa tu, atas sebab yang tiada sebab pun. Sekadar sentimen yang diapi-apikan dan kemeluatan yang aku nampak dahulu. Ye la, pada masa dulu, aku tak tahu nak buat apa, tapi sekarang, aku dah tahu ke arah mana aku nak tuju.
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesama kita Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutup hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa Majulah dengan gagah perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara
Oh Malaysiaku dan Bangsa ku yang tercinta. Biarlah apa orang lain kata, hatta bangsaku sendiri menghina, tapi aku yakin suatu masa nanti, bangsaku akan naik dan islam akan kembalik gemilang. Kalau anda tak mahu bantu, elok berdiam diri tapi engkau memilih untuk menghalangku membela kaum kita sendiri. Ya Allah bukakanlah hati kami dan juga bantulah perjuangan kami. Melayukan Gagah di Nusantara!!!!
~abu_aseeyah~
p/s: hehe, tak terjawab soalan ayat pertama tadi. nak amik emergency lah. xde on call, xde clinic, xde ward, keje 4days a week walaupun cons dia ialah stress, acute, susah nak pass patient tapi at least I’m in control of what I’m doing =)
Katakan ada satu jurang yang perlu kita lepasi.. di bawahnya ada gaung yang sedalam 0.5m, dipenuhi bara2 api yang teramat panas..
Ada satu jurang tu lebar dia 1.5m Satu lagi jurang lebar dia 0.5m
Yang mana kita akan pilih utk lompat dan merentasi jurang itu utk ke seberang?
Kalau 1.5m – hmm, boleh cuba, mungkin lepas, mungkin tidak… kalau tak lepas, memang for sure jatuh dlm gaung dan mati Kalau 0.5m – For sure boleh lepas punya (insyaAllah)
Jadi yg mana kita akan pilih? Saya pasti semua org akan pilih jurang 0.5 m itu…
Inilah satu analogi yg baru saya dengari semalam.. berkenaan pakaian sbg muslimah.. Persoalan yg sering menjadi persoalan… fesyen muslimah. Tudung ada mcm2 jenis, cara pakai pun macam2 lah. Ada tudung pendek, tudung labuh, tudung lilit, kain tebal, nipis… Sampai paras mana dikira sebagai “menutup dada” ? .. ada kata sampai di bawah leher, ada kata labuh hingga di bawah ketiak, ada kata hingga ke pinggang. Bagaimana pula dgn baju? Labuh mana, longgar mcmana yg diterima dlm Islam? Memang banyak yang khilaf dan subjektif…
Tetapi, fikirkanlah.. Yang mana yang akan anda pilih yang akan guarantee, For Sure akan melepaskan anda dari terjatuh ke dlm jurang api neraka? o.5m atau 1.5m ??
Muhasabah lah… - sekali muhasabah itu lebih baik dpd 1000 rakat solat sunat malam~ maksud hadith
Petikan dari utusan Malaysia
Sila tengok bahagian yang dihighlightkan dengan merah (dekat artikel bawahhh sekali). Hehe… Sedara-sedara kita di mesia masih tak mahu lepaskan kepercayaan tahyul selepas 50 lebih tahun merdeka. Kalau ada kematian, mesti ada banyak berita kemudiannya menyatakan, berperangai pelik, kata-kata terakhir etc.. Dapat mata biru bila main dengan kucing bermata biru.. Best ye dok. Nak bagi anak buleh terbang, bagi isteri kita main dengan burung, anak pandai berenang, main dengan anak ikan. Payah gak, nanti anak berbulu macam burung la, kaki jadi macam ikan duyung la. Karutla. Pening dok fikir tahyul ni.
Sumpahan ikan pari
Nampaknya banyak lagi usaha yang diperlukan untuk kita bersihkan pemikiran tahyul daripada sedara-sedara kita di mesia. Saya sendiri pun ade gak sikit2 macam ni dulu, tapi banyak gak usaha untuk membe’ki diri. Payah memang payah, tapi nak bwat macam mane, dah kene bwat.
Tapi ada juga improvement dalam masyarakat kita. Selepas membaca petikan yang dihighlightkan tadi, browse bawah lagi, ada sedikit penjelasan secara medical sedikit sebanyak untuk memberi kesedaran a.k.a. awareness kepada masyarakat. Tahniah!!! Harap banyak lagi ulasan daripada pakar perubatan diambil daripada menggunakan petikan drama televisyen, seperti kembung perut sebab kena rasuk jin, padahal kena ascites sebab kuat sangat minum arak sehingga hati (liver) rosak, sebagai contoh la.
Menarik gak mata biru. Biasanya genetik mata biru ni recessive ie, kene at least 2-2 parents ade at least satu gene mata biru dan dalam baby tu kene 2-2 gene tu gene mata biru
Bagi yang masih kurang faham, sila teliti rajah di bawah:
B-Brown eyes (dominant/kuat) – kalau ada satu pun dia akan jadik brown gak.
b-Blue eyes (recessive/lemah)- kene ada 2 baru ia terserlah jadik biru
blue
eyes
brown
BB, Bb, bB= mata Brown
bb SAHAJA= mata Biru
Walaupun mata saya berwarna coklat cair, tetapi saya tak dapat mewarisi warna mata saya kepada Aseeyah kerana mata ibunya ialah dark brown!! Tapi mampu mewarisi sedikit mata sepet yang tidak la sepet sangat sebab baka ibunya yang kuat juga :p Dia jugak amik hidung ibu dia, rambut ibu dia jugak
Di bawah ni jugak saya sertakan banyak jenis genetik perwarisan yang saja saya bagi untuk memeningkan anda. Nak tahu details, klik link ini!!
Autosomal Recessive
Autosomal Dominant
X-linked Recessive
Selamat mengakaji ciptaan Allah swt. Banyak yang boleh kita kaji, dan teliti betapa kerdilnya manusia. Manusia cuba melawan fitrah alam (sunnatullah). Cuba banyangkan kalau jantung kita melawan fitrah Allah, sukati die je nak berenti, haaa… kan naya kita. Tu baru jantung, kalau peparu kita 2-2 pakat nak lepak jap, pundi kencing nak tdo la, otak nak off kejap bila kita tengah exam, kaki nak menyepak je bila tengah dalam interview keje… hurmmm… cube bayangkan macam mana
Oleh itu, moh le kite back to our fitrah…. Lets plant the seeds and take care of it. Hopefully, we can harvest it in the paradise
Wallahualam
Bagi siapa yang nak tahu jenis baka resessive atau dominant : Click di sini!! (sumber tak sure sahih tapi boleh la tengok2 fakta2 sains ni)
KUALA LUMPUR 24 April – Keluarga kanak-kanak bermata biru, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar genetik bagi memastikan tiada masalah kesihatan yang tersembunyi.
Pensyarah Perubatan di Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr. Ruszymah Idrus berkata, ia bertujuan memastikan kanak-kanak tersebut tiada masalah kesihatan lain.
Katanya, ini kerana perubahan warna iris mata kanak-kanak tersebut mungkin juga menandakan berlakunya perubahan genetik.
“Terdapat sesetengah gen (asas kod genetik) yang mengambil masa untuk matang dan diaktifkan. Dalam kes ini, mungkin kematangan gen warna iris mata menyebabkan perubahan warna daripada hitam kepada biru.
“Sesetengah penyakit genetik lain juga mengambil masa untuk jelas kelihatan dan tidak nyata semasa bayi dilahirkan.
“Tambahan pula terdapat kebimbangan Mohd. Aizat Aiman mewarisi masalah pendengaran seperti ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas punca perubahan warna mata dan langkah yang perlu diambil keluarga kanak-kanak tersebut untuk memastikan tahap kesihatannya.
Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal berusia 1 tahun 4 bulan dari Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah menjadi tumpuan penduduk setempat gara-gara matanya yang didakwa bertukar warna dari hitam kepada biru.
Perubahan warna iris matanya itu didakwa hanya berlaku selepas beberapa bulan dia dilahirkan manakala bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dikatakan mempunyai sedikit warna kebiruan pada mata kanannya.
Kejadian pelik itu turut dikaitkan dengan kegemaran ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, bermain dengan seekor kucing peliharaan bermata biru sewaktu hamil.
Mohd. Rizal dan Noraini juga dilaporkan mengalami masalah pendengaran serta bisu dan hanya pulang ke rumah dua minggu sekali kerana bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai.
Dalam pada itu, Dr. Ruszymah menjelaskan, warna pada iris mata kanak-kanak itu tidak menjejaskan penglihatannya selagi struktur retina di belakang mata dan kornea di bahagian depan tidak terjejas.
“Mengikut latar belakang keluarga kanak-kanak ini, saya nasihatkan mereka berjumpa pakar genetik di mana-mana hospital utama bagi menilai jika terdapat risiko masalah kesihatan lain kelak.
“Bukan untuk menakutkan ahli keluarga tetapi memandangkan faktor genetik boleh diwariskan kepada anak, adalah lebih baik langkah pencegahan diambil untuk menjamin masa depan terbaik untuk Mohd. Aizat Aiman,” ujarnya.
Khas buat anakanda kami yang tercinta….
Penat abi malam tadi. umi dan abi balik lewat. aseeyah tak nak tido sampai jam 3.30am. Umi kepenatan menyusu sampai jam 1am. abi berjaga dan tukar lampin aseeyah 3-4 kali dan dodoikan aseeyah sampai akhirnya aseeyah pun tertidur jam 3.30am. Walaupun abi kepenatan sehingga demam hari ni, tambah pulak rakan2 abi ajak main bola pagi tadi, abi pun turun padang kepenatan, tapi abi gembira setiap kali abi melihat muka aseeyah yang comel dan fitrah, especially masa malam tadi. Kepenatan bertukar menjadi kekuatan tiap kali melihat aseeyah memanggil2 abi dan umi……
Semoga muslimah sekalian bisa mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya, meninggal dalam keadaan teguh menggenggam “Tauhid.”
Alkisah di negeri Mesir, Fir’aun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian sang isteri, Fir’aun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran bernama Siti Asiah sampai ke telinganya.
Fir’aun lalu mengutus seorang Menteri bernama Haman untuk meminang Siti Asiah. Orang tua Asiah bertanya kepada Siti Asiah : “Sudikah anakanda menikahi Fir’aun ?”
“Bagaimana saya sudi menikahi Fir’aun. Sedangkan dia terkenal sebagai raja yang ingkar kepada Allah ?” Haman kembali pada Fir’aun. Alangkah marahnya Fir’aun mendengar kabar penolakan Siti Asiah.
“Haman, berani betul Imran menolak permintaan raja. Seret mereka kemari. Biar aku sendiri yang menghukumnya !”
Fir’aun mengutus tentaranya untuk menangkap orangtua Siti Asiah. Setelah disiksa begitu keji, keduanya lantas dijebloskan ke dalam penjara. Menyusul kemudian, Siti Asiah digiring ke Istana. Fir’aun kemudian membawa Siti Asiah ke penjara tempat kedua orangtuanya dikurung. Kemudian, dihadapan orangtuanya yang nyaris tak berdaya, Fir’aun berkata:”He, Asiah. Jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau sayang terhadap kedua orangtuamu. Oleh karena itu, engkau boleh memilih satu diantara dua pilihan yang kuajukan. Kalau kau menerima lamaranku, berarti engkau akan hidup senang, dan pasti kubebaskan kedua orangtuamu dari penjara laknat ini. Sebaliknya, jika engkau menolak lamar
Karena ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun. Dengan mengajukan beberapa syarat : Fir’aun harus membebaskan orangtuanya. Fir’aun harus membuatkan rumah untuk ayah dan ibunya, yang indah lagi lengkap perabotannya.
Fir’aun harus menjamin kesehatan, makan, minum kedua orangtuanya. Siti Aisyah bersedia menjadi isteri Fir’aun. Hadir dalam acara-acara tertentu, tapi tak bersedia tidur bersama Fir’aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak disetujui, Siti Asiah rela mati dibunuh bersama ibu dan bapaknya.
Akhirnya Fir’aun menyetujui syarat-syarat yang diajukan Siti Asiah. Fir’aun lalu memerintahkan agar rantai belenggu yang ada di kaki dan tangan orangtua Siti Asiah dibuka. Singkat cerita, Siti Asiah tinggal dalam kemewahan Istana bersama-sama Fir’aun. Namun ia tetap tak mau berbuat ingkar terhadap perintah agama, dengan tetap melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.
Pada malam hari Siti Asiah selalu mengerjakan shalat dan memohon pertolongan Allah SWT. Ia senantiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir, meskipun suaminya sendiri, Fir’aun. Untuk menjaga kehormatan Siti Asiah, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyaru sebagai Siti Asiah. Dialah iblis yang setiap malam tidur dan bergaul dengan Fir’aun.
Fir’aun mempunyai seorang pegawai yang amat dipercaya bernama Hazaqil. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami Siti Masyitoh, yang bekerja sebagai juru hias istana, yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Namun demikian, dengan suatu upaya yang hati-hati, mereka berhasil merahasiakan ketaatan mereka terhadap Allah. Dari pengamatan Fir’aun yang kafir.
Suatu kali, terjadi perdebatan hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil, disaat Fir’aun menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang ahli sihir, yang menyatakan keimanannya atas ajaran Nabi Musa a.s. Hazaqil menentang keras hukuman tersebut.
Mendengar penentangan Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Fir’aun jadi bisa mengetahui siapa sebenarnya Hazaqil. Fir’aun lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah, tanpa merasa gentar sebab yakin dirinya benar.
Hazaqil menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tangan terikat pada pohon kurma, dengan tubuh penuh ditembusi anak panah. Sang istri, Masyitoh, teramat sedih atas kematian suami yang amat disayanginya itu. Ia senantiasa dirundung kesedihan setelah itu, dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada anak-anaknya yang masih kecil.
Suatu hari, Masyitoh mengadukan nasibnya kepada Siti Asiah. Diakhir pembicaraan mereka, Siti Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenarnya, bahwa iapun menyembunyikan ketaatannya dari Fir’aun. Barulah keduanya menyadari, bahwa mereka sama-sama beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa a.s.
Pada suatu hari, ketika Masyitoh sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai. Tak sengaja pula, saat memungutnya Masyitoh berkata : “Dengan nama Allah binasalah Fir’aun.”
Mendengarkan ucapan Masyitoh, Puteri Fir’aun merasa tersinggung lalu mengancam akan melaporkan kepada ayahandanya. Tak sedikitpun Masyitoh merasa gentar mendengar hardikan puteri. Sehingga akhirnya, ia dipanggil juga oleh Fir’aun.
Saat Masyitoh menghadap Fir’aun, pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya adalah : “Apa betul kau telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaimana penuturan anakku. Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini ?”
“Betul, Baginda Raja yang lalim. Dan Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.”jawab Masyitoh dengan berani.
Mendengar jawaban Masyitoh, Fir’aun menjadi teramat marah, sehingga memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak sekuali besar. Dan saat minyak itu mendidih, pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah. Sekali lagi Masyitoh dipanggil dan dipersilahkan untuk memilih : jika ingin selamat bersama kedua anaknya, Masyitoh harus mengingkari Allah. Masyitoh harus mengaku bahwa Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah. Jika Masyitoh tetap tak mau mengakui Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitoh akan dimasukkan ke dalam kuali, lengkap bersama kedua anak-anaknya.
Masyitoh tetap pada pendiriannya untuk beriman kepada Allah SWT. Masyitoh kemudian membawa kedua anaknya menuju ke atas kuali tersebut. Ia sempat ragu ketika memandang anaknya yang berada dalam pelukan, tengah asyik menyusu. Karena takdir Tuhan, anak yang masih kecil itu dapat berkata, “Jangan takut dan sangsi, wahai Ibuku. Karena kematian kita akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Dan pintu surga akan terbuka menanti kedatangan kita.”
Masyitoh dan anak-anaknyapun terjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih itu. Tanpa tangis, tanpa takut dan tak keluar jeritan dari mulutnya. Saat itupun terjadi keanehan. Tiba-tiba, tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu.
Siti Asiah yang menyaksikan kejadian itu, melaknat Fir’aun dengan kata-kata yang pedas. Iapun menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir’aun, dan lebih memilih keadaan mati seperti Masyitoh.
Mendengar ucapan Isterinya, Fir’aun menjadi marah dan menganggap bahwa Siti Asiah telah gila. Fir’aun kemudian telah menyiksa Siti Asiah, tak memberikan makan dan minum, sehingga Siti Asiah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Siti Asiah sempat berdoa kepada Allah SWT, sebagaimana termaktub dalam firman-Nya :
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi_mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Q.S. At-Tahrim [66] : 11)
Demikian kisah Siti Asiah dan Masyitoh. Semoga muslimah sekalian bisa mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya, meninggal dalam keadaan teguh menggenggam “Tauhid.”